Sinar mentari menyapa mukaku. Di tingkap aku merenung ciptaan yang terindah dari-Nya.
Aku tahu, tak guna jika aku berkelana selama-lamanya. Dia tidak akan kembali juga. Kini masanya untuk aku meneruskan hidup dengan lebih bersemangat.Mulakan hidup baru orang kata.Mereka yang berada di sekeliling ku sentiasa memberi kata-kata semangat walaupun kata-kata mereka bagai mencurahkan air ke daun keladi. Aku tetap bersedih dengan pemergiannya.Aku bagaikan dirasuk.Entah apa yang membuatkan aku menjadi begitu.
Jersi Arsenal aku sarungkan ke tubuh badanku. Seluar sukan yang berwarna kelabu menjadi pilihanku.Gel Gatsby aku letakkan di rambutku. Aku selalunya hanya mengambil sedikit makanan sebelum keluar untuk bersenam.Buat alas perutlah katakan. Masa untuk berjogging!
Tasik yang berdekatan dengan rumahku menjadi pilihan aku untuk bersenam. Selalunya aku akan pergi ke tasik yang terletak di rumah si dia. Namun, selepas dia 'pergi' , aku sudah tidak kerap berkunjung ke situ. Selepas aku memarkirkan kereta, aku terus meluru ke trek untuk berjoging.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mindaku ligat berbicara . Aku tidak mahu dibayangi oleh kisah silam yang akan membuatku teringat kepada Anis. Cukuplah sampai sini sahaja penderitaan ini. Moga kau tenang di sana,sayang. Ah, sudah lama tidak merasai udara yang segar di pagi hari .
It's not over (1)
Kesejukan menggigit tulang-belulangku. Di bawah langit yang tidak terkira keluasannya, aku duduk bersendirian. Taman permainan yang tidak diselenggara menjadi pilihanku.
Aku merenung sendirian. Hatiku berkecamuk. Siapa yang aku perlukan sekarang?
Aku tahu, semua orang di sekelilingku menenangkan perasaanku. Anis, kenapa kau tinggalkanku keseorangan? Aku di sini amat memerlukanmu. Aku dengan dia telah bertunang dari bulan lepas setelah menyulamkan cinta lebih 5 tahun. Lama bukan?
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pagi itu, aku takkan melupakan kejadian yang telah merobekkan hatiku. Aku dengan dia berjanji untuk berjumpa di butik. Hatiku berbunga-bunga untuk berjumpa dengannya.
Walaupun aku ni seorang lelaki yang dikatakan agak nakal, tetapi hatiku setia kepada dia.
Setibanya aku di butik, aku termangu-mangu. Di manakah kekasih hatiku? Kebiasaannya dia yang tiba awal dulu. Mungkin dalam perjalanan. Oh, hari ni aku akan mencuba baju pengantin yang telah ditempah. Bahagianya hanya Tuhan yang tahu. Entah bagaimana perasaan bila menjadi raja sehari. Baju yang telah ditempah telah berada di tanganku. Seorang perempuan telah memberikannya kepadaku. Aku tidak ingin mencubanya lagi sebelum Anis sampai.Aku duduk di atas sofa yang empuk sambil menghadap cermin.
Aku tidak sabar untuk menjadi teman sehidup semati untuk dia.Bagi aku , 5 tahun sudah cukup untukku mengenali dia. Aku cukup mengenali dia. Apa yang dia suka, apa yang dia benci sudah aku sematkan di dalam fikiran ku. Dia seorang yang amat memahami, dia membuatkan ku seorang yang amat penting dalam hidup dia.
Ah, 20 minit dah 'berterbangan' . Di manakah si dia? Oh, Anis yang kusayangi. Apakah dia masih mimpi indah akan diriku? Sampai tak nak bangun-bangun. Hariku takkan sempurna jikalau aku tidak menatap wajahnya. Telefon pintarku mengeluarkan lagu kegemaran ku.
Mesti Anis yang telefon ni. Ku menatap telefon pintarku. 'Anis' . Itulah nama yang tertera di telefon ku. Sudah ku agak. Ingin sahaja aku menyakat si dia.
Ibu jariku bergerak ke arah kanan di atas permukaan telefon pintarku. Aku melekapkan telefon pintar itu ke telinga kiriku. Baru sahaja aku ingin mengeluarkan suara , suatu suara yang aku amat kenali menyapa diriku dahulu. Tak, bukan dia , tetapi bakal ibu mertuaku yang bercakap. Otakku ligat berfikir, kenapa bakal ibu mertuaku menelefon diriku menggunakan telefon Anis?
Suara bakal ibu mertuaku seperti sahaja baru melepaskan 'air terjun' di mata. Aku berasa tidak sedap hati. Manalah tahu , tiba-tiba Anis nak membatalkan perkahwinan ini.
"Harith, Aaaaanis, Anis dah tiada" beritahu bakal ibu mertuaku dengan tergagap-gagap.
"Dia pergi secara mengejut, Harith. Masa itu, ibu ketuk bilik dia , tapi dia tidak buka pintu. Ibu pun masuklah. Ibu nampak dia terbaring sambil memakai telekung. Ibu ingatkan dia mungkin tertidur. Ibu ingin kejutkan dia sebab suruh dia tanggalkan telekung dulu. Bila ibu menggoncangkan badan dia, tiada respon apa-apa. Ibu mula risau.Ibu ambil air sedikit, ibu jiruskan dekat muka dia. Tiada apa-apa yang berlaku jugak. Hati ibu merasakan dia dah pergi. Ibu tak sampai hati nak check nadi Anis. Tapi ibu buat juga. Tekaan ibu tepat. Dia sudah tiada.Lepas Zohor Anis akan dikebumikan.Harith, ibu tahu, Harith seorang yang tabah.Kuatkan hati, Harith."
Hatiku bagai dihempas-hempas.Nafasku tidak keruan.Air jernih mula membasahi pipi.
Pekerja yang berada di butik yang memandangku tidak ku hiraukan. Mungkin mereka tidak pernah melihat kaum yang bernama lelaki mengeluarkan air mata jernih secara 'live'.
Agak rare untuk melihat kaum lelaki menangis di depan orang asing. Namun, dengan cara itu aku dapat meluahkan perasaan. Orang kata menangis memang tak dapat menyelesaikan masalah, tapi menangis boleh membuatkan orang itu rasa boleh release dia punya masalah.
Sepasang baju pengantin yang berwarna biru laut aku letakkan perlahan-perlahan di dadaku.
Terasa degupan jantungku turun-naik. Lalu, baju pengantin itu aku kembalikan kepada perempuan yang memberikan kepadaku semasa aku datang ke butik ini tadi. Wajahnya mempunyai riak terkejut, mungkin kerana melihat keadaan ku ini. Aku berkata yang aku akan ambil baju ini tetapi bukan sekarang. Dia menganggukan kepala tanpa berkata apa-apa. Di kaca pintu yang bertulis 'tarik' aku menariknya dengan tanganku yang menggigil.
Punat kunci kereta aku tekan. Bunyi kereta itu menandakan aku boleh masuk sekarang.
Aku terus menghidupkan enjin kereta. Punat radio dan air cond aku tekan.
Aku mengundur kan kereta ke belakang dan terus meluncur laju ke jalan raya yang sesak.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
5 bulan telah berlalu. Dalam lima bulan tulah aku asyik berkelana. Bukan senang untuk aku merelakan pemergiannya. Bukan senang untuk aku melupakan semua memori yang pernah aku cipta ketika aku bersama dengan dia.Bintang-bintang yang bertaburan di langit aku menatap dengan kedua mataku ini.Kenangan akan tetap tinggal kenangan.Betapa susahnya aku nak meneruskan hidup selepas dia 'pergi'.Ingin sahaja aku 'pergi' untuk bersama dengan dia melalui cara suicide. Tetapi, sejahil-jahil aku ini pun , aku tahu bunuh diri ni dosa besar.
Jam di tangan aku melihat sekilas lalu. Sudah pukul 11 rupanya. Suasana yang gelap dan sunyi menaikkan bulu roma aku. Yelah, aku seorang sahaja yang berada di taman ini.
Rumah aku hanya 3 minit dari taman ini. Setiap malam aku akan melepak dekat taman ini. Dengan cara ini aku dapat meluahkan perasaan yang terpendam. Konon-konon dapat release stress macamtu lah. 2 pasang kakiku terus berjalan menuju ke rumah. Mindaku ligat berfikir, salah ke aku masih memikirkan orang yang telah pergi?
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hhehehe. Oklah sampai sini dulu tau ;)
Just wait for chapter 2 ! :D
Sori kalau ada yang tak perfect gitu. Hehhehhe. Komenlah apa2 pun :D

Subscribe to:
Posts (Atom)