Sinar mentari menyapa mukaku. Di tingkap aku merenung ciptaan yang terindah dari-Nya.
Aku tahu, tak guna jika aku berkelana selama-lamanya. Dia tidak akan kembali juga. Kini masanya untuk aku meneruskan hidup dengan lebih bersemangat.Mulakan hidup baru orang kata.Mereka yang berada di sekeliling ku sentiasa memberi kata-kata semangat walaupun kata-kata mereka bagai mencurahkan air ke daun keladi. Aku tetap bersedih dengan pemergiannya.Aku bagaikan dirasuk.Entah apa yang membuatkan aku menjadi begitu.
Jersi Arsenal aku sarungkan ke tubuh badanku. Seluar sukan yang berwarna kelabu menjadi pilihanku.Gel Gatsby aku letakkan di rambutku. Aku selalunya hanya mengambil sedikit makanan sebelum keluar untuk bersenam.Buat alas perutlah katakan. Masa untuk berjogging!
Tasik yang berdekatan dengan rumahku menjadi pilihan aku untuk bersenam. Selalunya aku akan pergi ke tasik yang terletak di rumah si dia. Namun, selepas dia 'pergi' , aku sudah tidak kerap berkunjung ke situ. Selepas aku memarkirkan kereta, aku terus meluru ke trek untuk berjoging.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mindaku ligat berbicara . Aku tidak mahu dibayangi oleh kisah silam yang akan membuatku teringat kepada Anis. Cukuplah sampai sini sahaja penderitaan ini. Moga kau tenang di sana,sayang. Ah, sudah lama tidak merasai udara yang segar di pagi hari .
No comments:
Post a Comment